Apa itu Jalur Gemilang?

Tahukah anda rupa bendera Malaysia? Apakah maksud warna-warna dalam bendera tersebut? Baca artikel ini untuk memahami makna di sebalik bendera ini.

Apa itu Jalur Gemilang?

Di Malaysia, kita biasa ternampak bendera negara di mana-mana sahaja, terutamanya di hadapan bangunan sekolah dan pejabat kerajaan. Bukan susah hendak mengenal pasti bendera ini; kalau ada jalur-jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang dalam kotak biru, itulah bendera Malaysia.

Makna jalur πŸŸ₯◻️πŸŸ₯◻️πŸŸ₯◻️

Ada empat belas jalur merah dan putih yang melambangkan tiga belas buah negeri dan wilayah persekutuan, iaitu:

  1. Kedah
  2. Pahang
  3. Kelantan
  4. Johor
  5. Perak
  6. Perlis
  7. Selangor
  8. Negeri Sembilan
  9. Terengganu
  10. Sarawak
  11. Penang
  12. Sabah
  13. Melaka
  14. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

Makna warna 🎨

Warna merah melambangkan keberanian dan warna putih melambangkan kesucian.

Warna kuning pada bulan dan bintang pula melambangkan Raja-raja Melayu.

Warna biru melambangkan perpaduan rakyat pelbagai kaum.

Makna bintang dan bulan πŸŒ™πŸŒŸ

Bulan melambangkan agama Islam dan bintang melambangkan perpaduan semua negeri dan wilayah persekutuan.

Tarikh penting πŸ—“οΈ

Jalur Gemilang lebih kerap dikibarkan pada bulan Ogos hingga pertengahan bulan September. Mengapa, ya? Kerana 31 Ogos 1957 ialah tarikh kemerdekaan negara Malaysia. 16 September 1963 pula tarikh Hari Malaysia, iaitu tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia.

Kosa kata penting 🧠

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
jalur stripes
gemilang resplendent/glorious
bulan moon
bulan sabit crescent moon
bintang star
merah red
putih white
kuning yellow
biru blue
Hari Kemerdekaan Independence Day
Hari Malaysia Malaysia Day
melambangkan to represent/to mean
keberanian bravery
kesucian purity
pembentukan formation
persekutuan federation

Selamat Hari Malaysia! 🦧