Apa itu ringgit: panduan paling penting untuk pelancong

Macam mana nak bayar guna ringgit, ya? Jangan lari, tak susah pun! Baca sekali, terus faham!

Apa itu ringgit: panduan paling penting untuk pelancong
Gambar dompet berisi wang kertas - Omerimbun.com

(Want to read this in English too? Click HERE.)

Maklumat penting ringgit

⭐ Mata wang Malaysia ialah ringgit.

⭐ Istilah penuhnya "Ringgit Malaysia."

⭐ Kod mata wang ini MYR.

⭐Simbol ringgit pula ialah RM.

Apabila kita keluar membeli barang di kedai, pasti ada tanda harga bertulis "RM." Kalau ada barang berharga 79.50 ringgit, tanda harga itu bertulis:

RM79.50

Contoh penggunaan ringgit

Lihat contoh barang bertanda harga dalam gambar di bawah:

Gambar kemeja T bertanda harga RM79.50 dan wanita yang terkejut melihat resit - Omerimbun.com

Cara membaca harga dalam ringgit

Nombor selepas titik perpuluhan itu ialah sen. Kita membaca harga barang begini:

💡
RM79.50 : Tujuh puluh sembilan ringgit lima puluh sen / tujuh puluh sembilan setengah

Wang kertas

Rupa wang kertas Ringgit Malaysia macam ini:

Duit syiling

Di Malaysia, duit syiling macam ini:

Petua untuk pelancong yang melawat Malaysia

Adakah anda bakal melancong ke Malaysia? Sebagai orang Malaysia, saya rasa anda kena tahu lima maklumat berikut:

1️⃣ Wang tunai

Apabila anda berjalan-jalan di Malaysia dan mahu membeli-belah, cubalah bawa wang tunai sedikit untuk membayar barang di kedai-kedai kecil seperti penjaja ABC di tepi jalan atau pak cik menunggang motosikal yang menjual putu mayam. Biasanya dalam beg duit saya ada sekurang-kurangnya 50 ringgit dalam beg duit saya. Manalah tahu ada kedai cuma menerima wang tunai. Tetapi jika anda teringin membeli cenderamata untuk orang tersayang, bawalah lebih banyak duit kerana barang-barang di destinasi pelancongan agak mahal.

2️⃣ Kod QR

Pada zaman sekarang, saya tengok banyak kedai dan gerai menawarkan kaedah pembayaran bukan tunai dengan menyediakan kod QR. Saya selalu membeli nasi kukus yang sedap tapi murah dekat rumah saya. Imbas sahaja kod QR gerai itu dengan dompet elektronik saya dan masukkan jumlah bayaran. Tunjuk pengesahan pembayaran kepada kakak gerai itu, nah, siap! Selamat menjamu selera.

Kalau anda mahu tahu cara mengguunakan pembayaran kod QR, cuba tengok di halaman ini: DuitNow

2️⃣ Kad debit dan kredit

Kebanyakan kedai fizikal ada mesin pembaca kad agar anda boleh membayar menggunakan kad debit atau kredit. Tetapi anda mesti memastikan tetapan akaun bank tidak mengehadkan pembayaran di luar negara.

4️⃣ Dialek negeri lain

Penduduk di sesetengah negeri di Malaysia menggunakan dialek berbeza daripada Kuala Lumpur. Apabila anda keluar dari Kuala Lumpur untuk mencari udara segar, anda pasti mendengar perkataan seperti:

a. "kupang" di negeri-negeri utara seperti Kedah dan Pulau Pinang,

b. "riya" atau "ya" di negeri-negeri timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu.

5️⃣ Pembundaran 5 sen

Sejak tahun 2008, jumlah barang beli-belah di kedai fizikal dibundarkan kepada 5 sen paling hampir.

Jika jumlah harga kita 79.54 ringgit, kita bayar 79.55 ringgit.

Jika jumlah barang kita 79.56 ringgit, kita bayar 79.55 ringgit.

Ingat, peraturan ini cuma dilaksanakan ke atas jumlah semua barang di kaunter pembayaran, bukan ke atas tiap-tiap produk. Anda boleh merujuk penjelasan oleh Bank Negara Malaysia di sini.