Ulasan “Among Us”

Want to improve your Malay reading comprehension? Try reading this review of Among Us in Malay, and spot how the new vocabularies are used in-text.

Ulasan “Among Us”

Among Us ialah sebuah permainan parti tular yang diterbitkan oleh Innersloth, studio permainan yang bertapak di Washington. Permainan ini amat popular sejak dua menjak ini dan bilangan pemainnya mencapai kemuncak dengan empat ratus tiga puluh lapan ribu (438,000) pengguna.

💡
New vocabulary ☆ "sejak dua menjak" means recently

Namun, Among Us sebenarnya bukanlah permainan yang baharu. Permainan ini sebenarnya dikeluarkan lebih dua tahun lalu, pada 15 Jun 2018.

Sumber gambar: https://store.steampowered.com/stats/Steam-Game-and-Player-Statistics?l=english Bilangan pemain Among Us sentiasa bersaing dengan bilangan pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds.
Sumber gambar: https://store.steampowered.com/stats/Steam-Game-and-Player-Statistics?l=english

Sebab utama jumlah pemain permainan ini naik secara mendadak ialah pengaruh penstrim Twitch dan YouTube. Sodapoppin, seorang penstrim Twitch, mendakwa dia yang membantu pembangun permainan ini meraih berjuta-juta dolar. Sodapoppin terkenal dengan strim berbagai-bagai permainan. Dia mula bermain Among us atas cadangan seorang rakannya dan meneruskannya apabila penontonnya seronok menonton siaran permainan tersebut. Sejak itu, permainan itu tular sehingga pencipta kandungan seperti XQC, Shroud dan PewDiePie yang dikenali ramai juga mula bermain permainan ini, lalu melonjakkan lagi populariti Among Us.

💡
New vocabulary ☆ "tular" means viral
https://steamcharts.com/top
https://steamcharts.com/top

Permainan ini mempunyai premis yang sama seperti permainan kehidupan sebenar yang dipanggil dengan pelbagai nama, iaitu, Mafia, Yakuza atau Werewolf. Dalam permainan begini, pemain akan diberikan peranan sebagai pembunuh atau pemain biasa. Kemenangan dalam permainan sebegini ini berdasarkan konsep asas yang ringkas: pembunuh perlu membunuh semua pemain biasa, manakala pemain biasa perlu menyiasat identiti pembunuh melalui perbincangan dan pengundian agar pembunuh disingkirkan.

💡
New vocabulary ☆ "ringkas" means simple
“Siapakah penyamar?”
“Siapakah penyamar?”

Pada masa kini, satu permainan Among Us boleh memuatkan 4 hingga 10 orang pemain. Mereka dibahagikan kepada anak kapal dan penyamar. Setiap anak kapal mesti melaksanakan tugas mereka untuk menyenggara kemudahan di dalam kapal angkasa mereka (yang berubah bergantung pada peta permainan yang dipilih).

💡
New vocabulary ☆ "menyenggara" means maintaining (machines etc)

Jika mereka menemui mayat pemain yang dibunuh atau sesuatu yang mencurigakan, mereka boleh melaporkan pembunuhan atau memanggil mesyuarat kecemasan untuk membincangkan identiti penyamar. Selepas perbincangan tamat, semua pemain, termasuklah penyamar, akan menghalau seorang pemain melalui undian.

💡
New vocabulary ☆ "termasuklah" means including

Penyamar pula perlu berpura-pura melaksanakan tugas agar mereka tidak disyaki sebagai penyamar. Sambil itu, penyamar perlu mencari peluang untuk membunuh anak kapal dengan mensabotaj kemudahan dalam kapal. Untuk memudahkan tugas penyamar, mereka juga boleh merentas ruang dan bersembunyi dengan serta-merta melalui bolong-bolong yang terdapat di dalam kapal.

au4.png
au5.png
au6.png

Untuk masa ini, permainan ini menawarkan tiga peta: kapal angkasa lepas The Skeld, bangunan tinggi MiraHQ, dan planet Polus.

Sebagai pemain tegar yang meluangkan lebih kurang dua jam setiap malam bermain permainan ini, saya boleh kata permainan ini memang memuaskan hati.

Situasi seperti pemain menjadi panik dan membuat kesilapan yang jelas adalah antara sisi permainan ini yang menghiburkan. Sebagai contoh, saya sendiri pernah menyaksikan pembunuhan yang dilakukan betul-betul di depan saya oleh rakan saya yang tersilap kiraan.

Dalam sesi permainan lain, kesilapan rakan saya yang meloncat keluar dari bolong di depan saya bukan saja memeranjatkan, malah memudahkan tugas saya untuk mengenal pasti identiti penyamar.

💡
New vocabulary ☆ "mengenal pasti" means indentifying

Saya menyarankan agar anda bermain permainan ini dengan rakan-rakan anda sambil berhubung melalui aplikasi saluran suara seperti Discord kerana pertelagahan mesra ketika bermain akan menyeronokkan lagi sesi permainan anda. Akhir kata, permainan ini boleh dinikmati oleh setiap lapisan pemain kerana sistem permainan yang ringkas dan mudah difahami

Permainan ini boleh didapati sebagai perisian PC di Steam untuk RM12.50 dengan hiasan watak tambahan seperti kulit dan topi yang unik. Pengguna telefon bimbit boleh mendapatkannya melalui aplikasi muat turun Android dan iOS dengan percuma.

Kesimpulan:

Rating: 9.5/10

  • Pembunuhan memuaskan
  • Penipuan yang menghiburkan
  • Keseronokan tidak terhingga
  • Mudah dimainkan dengan sekumpulan orang

Dikarang oleh: Muhammad Khalique MZ

Diterjemahkan oleh: Cikgu Hidayah Zulkipli